ABOUT LINKS TAG
about


Natasha Hazira - 19 - Melaka


3years 11months // Monday, 1 February 2016
06:04
This entry is special for my beloved man
.
.
.
.
.

Hai bie. 

Happy monthsary!! Tq sbb always ada untuk baby even bie tengah busy. Bie sanggup tolong baby even bie tengah susah. Bie layan kerenah manja baby (gedik sebenarnya lol) Baby hargai sangat semua pengorbanan yg bie pernah buat semata-mata demi baby. 

Bie, baby nak mintak kalau tak dapat jadi gf yg sempurna untuk bie. Baby selalu buat bie marah sampai bie termaki baby. Tapi baby takde niat nak buat bie marah. Mungkin baby ni a little bit annoying. Kadang baby always nak bermanja dgn bie, nak bie layan baby selalu. Sampai baby lupa yg bie skrg dah jadi student balik. I'm really sorry bie.

Baby nak bie tahu, yg baby really really love you. Semoga berjaya dunia akhirat. Belajar elok elok supaya jadi engineer yg berjaya. Lepastu jangan lupa masuk meminang cepat hehehe.



New semester. //
05:43
Assalamualaikum.

Okay dah masuk last semester wuhuuuu~~ Semester 1 berjalan dgn lancar alhamdulillah. Result pun alhamdulillah jugak sbb pointer 3 above. Aku mati mati fikir yg result aku mungkin below 3 sbb soalan final susah gila bapak ah. Tapi bila dapat keputusan yg agak membanggakan, aku terharu dgn diri sendiri *tepuk tangan* 

Ok back to the story. Last semester ni agak tough. Subjek still sama tapi sub topik dalam each subjek makin banyak. Kalau kimia dulu 7 sub topik tapi sekarang 12 sub topik!! Peh memang gila. Tapi nak buat macam mana kan. Kena jugak tempuh last semester ni sobs sobs. Sumpah tak sabar nak habis matriks. Terseksa wehhhh duduk dalam. Bukan nak menakutkan students yg bakal masuk matriks melaka tahun ni but its my opinion la. KMM sangat scary. Not in term of ghost, tapi cara layanan mereka terhadap students. Macam budak sbp. Like seriously ugh whatever

So i hope this semester will be the best semester ever. Ada lagi 3months utk berjuang and spend time with my classmates & also wingmates. Even dorang annoying gila nak mampus, i still love them huhuhu

Love, sha xo


Kinda busy this year // Saturday, 26 September 2015
01:50
Assalamualaikum & hello everyone. 

Selamat Hari Raya Aildiladha kepada semua umat Islam di dunia ini (sempat lagi kan huhu) Ok sekarang dah hujung bulan 9, & 3 weeks left bfr my final exam. Oh ya aku tak jadi masuk KPTM sebab dapat matriks untuk 2nd intake. Alhamdulillah, syukur sangat. Yela dari form2 berangan-angan nak masuk situ. Akhirnya dapat juga. 

Bfr raya haritu ada mid-term exam & result pun dah keluar. Setakat ni result ok la. Alhamdulillah eventhough just 1A je sobs sobs. Paling tak percaya bila sains komputer A ha ha ha. For your information aku amik modul 3 (maths, biologi, kimia, sains komputer) Life dekat KMM sangat membosankan. Tapi takde la bosan sangat. Sesiapa yg dah biasa duduk asrama mungkin best kot bagi dorang. Tapi aku dari kecik sampai 17 tahun tak pernah duduk asrama. So maybe tak biasa lagi. Padahal dah 4 bulan lebih duduk dekat KMM hahaha :'D

Memandangkan rumah sangat lah dekat dgn kolej, hampir setiap minggu outing balik rumah. Senang cerita mmg setiap minggu pun. Basuh baju semua dekat rumah. Jimat duit nak basuh baju hehe. My mom pun takde nak marah sbb asyik balik rumah je. Tahu dia pun rindu anak dia yg comel ni kah kah kah (ok joke) Asrama dekat KMM not bad la. Satu bilik untuk 4 orang. Tapi tak semestinya satu bilik tu akan full 4 orang. Ada je just 3 or 2 orang dalam bilik. 

Pasal makan, jangan la adik adik risau sbb dkt KMM ada 3 cafe. Ha banyakkan? In my opinion, paling best cafe B la sbb makanan dia boleh tahan sedap. Kuey teow goreng mamak dia peh sedap gilaaaaaa. You should try that kalau dpt KMM nanti.

Lecturer dkt sana super duper best. Tapi aku still panggil lecturer tu "cikgu". Kenot move on la drpd panggil cikgu. Tapi cute apa panggil cikgu bila dah masuk kolej ni huhu. Mereka semua sangat baik dan caring dgn students dorang. Tak pilih kasih apa semua. Kalau ada yg tak faham, boleh je pergi unit & tanya direct dkt dorang. Unit tu means mcm  bilik guru la. Tapi setiap subjek ada unit dia sendiri. So takdela sesak sangatkan.

Bila dah masuk matriks ni, korang akan rasa macam busy gila nak mati & rasa macam tak cukup masa je. Korang kena pandai manage masa bila dah masuk zaman kolej ni. Ok setakat ini sahaja yg aku boleh share. Ada masa lagi, aku share lagi. In shaa Allah.

Love, sha xo


Starting. // Thursday, 5 March 2015
21:53
Assalamualaikum & hai semua.

Hari ni tiba-tiba ada mood nk buat blog, so buat jela. Yela baru lepas ambil result SPM, tak ada benda nk buat. Nak cari kerja part time pun tak ada dkt Masjid Tanah ni. So saya ambil keputusan untuk buat blog bagi mengisi masa lapang sementara tunggu tawaran U. Dari membazir masa makan, minum, makan, tengok tv & tidur, better menaip/menulis. Dapat la juga baiki apa yg patut.

3 March 2015 adalah hari bersejarah untk semua bekas pelajar SPM 2014. Ada yg dapat straight A's dan ada juga yg tak ada A. But it's okay. Bukan penghujung dunia pun. Saya sendiri tak dapat capai target yg saya nak. Cukup cukup makan je, alhamdulillah. Rezeki Allah itu luas. Dekat mana-mana kita boleh berjaya. Mungkin bukan masa UPSR, PMR atau SPM, tapi masa masuk U nanti. Mungkin juga masa kita dah bekerja. Siapa tahu kan? So kita tak boleh la cepat berputus asa. Mama selalu pesan;

Jangan cepat berputus asa. Kita kena rajin usaha sbb usaha itu tangga kejayaan.

Bila dah dapat result ni memasing tak tentu arah nak apply U & kena pilih course yg betul. Paling sedih bila kita minat course tu tapi syarat khas course tu kita tak lepas. Sentap beb. Tapi saya mengharapkan tawaran drpd matriks. Nak sangat masuk matriks. Kalau tk dapat, redha jela. Tak ada rezeki dkt matriks. But I'm okay, yela ramai budak straight A's kan.

Saya harap semua rakan SMKSA akan dapat sambung belajar and after 5years kita buat reunion. Mungkin masa itu ada yg dah kahwin and maybe dah ada anak. HAHAHA

Love, Sha xo